Friday, February 6, 2009

ISU BER"COUPLE"

Allhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH TA’ALA Tuhan yang menciptakan dan mentadbir semester alam. Selawat serta salam buat kekasih-NYA, Rasul junjungan, juga kepada ahlul-baitnya serta para sahabat baginda s.a.w, tidak lupa juga kepada para tabiin, tabi-tabiin dan semua warisatul anbiya sepanjang zaman yang sentiasa bersinar nur Islam di dalam hati-hati mereka.

Sahabat/I Raudhah yang dikasihi sekalian, pada keluaran kali ini pihak editor menyajikan pembaca-pembaca dengan peringatan yang berguna dan boleh dijadikan sebagai panduan hidup. insyaALLAH… isu yang dibawa pada kali ini adalah isu ber”couple”, adakah inya dibolehkan? Itulah persoalannya. Kalau kita lihat Islam itu sendiri adalah syumul (lengkap), dalam surah Ali Imran ayat ke 19, ALLAH berfirman “sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi ALLAH adala agama Islam”.

Ayat tersebut menggambarkan bahawa ALLAH TA’ALA sendiri meredhai Islam sebagai sebuah agama, maka Islam itu sendiri menjadi set pelengkap kepada setiap manusia untuk membuat sebarang keputusan. Tidak ada suatu masalah pun yang tidak dapat diselesaikan selagi Umat Islam berpegang teguh kepada syariat Islam yang syumul. Berbalik semula kepada persoalan tadi, sememangnya manusia itu sendiri tidak boleh menafikan naluri mereka yang ingin menyayangi dan ingin disayangi oleh seseorang. Daripada perasaan ini maka timbullah istilah ber”couple” yang kini sememangnya menjadi budaya oleh para remaja. Walhal perasaan cinta itu bukanlah dapat dilahirkan sendiri oleh si pencinta. Sesungguhnya ALLAH yang lebih berhak mencampakkan perasaan kasih sayang ke dalam hati hamba-hamba-NYA dan alangkah bertuahnya kepada sesiapa yang memiliki perasaan cinta yang sangat utuh kepada pencipta cinta itu sendiri kerana perasaan itu adalah suatu anugerah dan bukanlah perkara yang mampu dibuat-buat. Subhanallah…

Merungkai kepada persoalan tadi Islam sememangnya membenarkan cinta dan manusia itu sendiri telah dijadikan berpasang-pasangan tetapi perasaan yang suci itu perlulah dijaga kesucianya dengan suatu ikatan yang halal iaitu perkahwinan yang sah… kita hidup, contohilah cara hidup Rasulullah s.a.w… sekian, terima kasih. Wassalam…

No comments: